Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan :)

Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan :)

Monday 2 April 2012

Saya Aiesyatun Najwa Binti Ahmad Mujib ^^

Assalamualaikum semua :D



Nama saya Aiesyatun Najwa Binti Ahmad Mujib :)

16 tahun (29 Mei ini), tingkatan 4 baru :)
Bekas pelajar SMK Puncak Alam, dan pelajar baru di SMV Sg. Buloh :)

Ambilan kedua (second intake) & mengambil jurusan Pengaturcaraan Komputer a.k.a P.kom :)
Saya tak pandai sangat dalam bab-bab komputer, cuma mungkin rezeki saya dapat jurusan ni :)
Jadi, saya tersangat bersyukur :)

Blog ini saya baru cipta untuk Pertandingan Blog Pengguna :)

Blog sebenar ada, nak link nanti minta dekat saya ye :)

Saya berharap dapat buat yang terbaik untuk pertandingan ni & taknak hampakan cikgu-cikgu saya :)
Ermm, sekian sahaja :)
Terima Kasih sudi membaca :)

# kasihmu diterima <3


Friday 30 March 2012

Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan.

Apakah maksud yang tersirat disebalik suratan 'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' ?
Slogan 'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' sebenarnya bukanlah bermaksud berhenti berbelanja secara terus dalam urusan kehidupan. Ia hanya sekadar jalan alternatif untuk memulakan kehidupan yang baru tanpa bebanan hutang.

Umum mengetahui bahawa manusia mempunyai hawa nafsu untuk berbelanja. Kadangkala, hawa nafsu tidak boleh dihalang tetapi boleh diminimumkan. Oleh kerana zaman semakin maju dan manusia bertambah cerdik mencipta pelbagai barangan baru membuatkan aktiviti membeli belah adalah menjadi satu kewajipan untuk mendapatkan pelbagai barangan yang terbaru di pasaran. Ini membuatkan rakyat memandang sebelah mata terhadap pembaziran yang berlaku. Hal ini boleh membuatkan rakyat berhutang dan ekonomi menjadi tidak stabil.

Maksud slogan 'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' sebenarnya lebih kepada meminimumkan aktiviti beli belah yang kian melampau dan memaksimakan kreativiti dan inovasi diri dalam meneruskan kehidupan. Hal ini berikutan daripada masalah ekonomi dunia yang sangat membimbangkan.

Selain itu, aktiviti membeli belah juga merancakkan lagi pemikiran manusia untuk mencipta sesuatu yang baru samada gajet, alatan tulis, alat solek, perabot dan sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak menjadi faktor kepupusan flora dan fauna. Ini kerana manusia menjadi semakin ghairah untuk mencipta pelbagai barangan baru dan mengejar wang ringgit sehingga tidak lagi peduli akan keadaan persekitaran. Permintaan barangan rekaan terbaru daripada rakyat yang semakin boros juga turut membantu para peniaga menjadi semakin rakus terhadap alam sekitar. Hal ini ibarat 'pucuk dicita, ulam mendatang'.

Oleh yang demikian, rakyat perlu memainkan peranan masing-masing dan jangan mudah terpengaruh terhadap barangan terbaru yang semakin berleluasa. Sikap boros ini perlu dibuang daripada diri kita dan amalkanlah sikap berjimat-cermat, beli yang perlu dan abaikan yang tidak perlu.

Dengan itu, jadilah pengguna yang bijak dan jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis peniaga. 
Kuasa di tangan pengguna !